// Strawberry Cupcake


Hello World! Im Amy/NAS. Was born on 15 Disember 1996 in Hospital Kota Tinggi, Johor Bahru. I was in form 5 and taken pure science. Are addicted to the camera and the colour pink. I'm searching for my strength with the help from Allah. (Y)




► My Biography
► My Friends
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una

My Wish ♥
♥ Berjaya dalam hidup di dunia & akhirat
♥ DEAN LIST FOR EVERY SEM
♥ Tinggi. HAHA
♥ My Mr Perfectionist


Older Post | Newer Post
Takkan ada ganti
Monday 22 February 2016 | 12:43 pm | 0 Sweet Cupcake



Sahabat,
Di mana pun kau berada,
Apa pun yang sedang kau lakukan sekarang,
Ingin aku katakan,
Aku sangat merindui dirimu.
Kau,
Takkan pernah ada ganti.
Percayalah.
Aku yakin,
Apa yang berlaku sekarang,
Akan menguatkan lagi hubungan kita.
Mungkin saja kau sudah membenci aku.
Sehingga,
Nak pandang, nak toleh muka aku pun tak sudi.
Aku faham.
Sahabat,
Kalau satu hari nanti,
Kau baca coretan hati ini,
Aku ingin kau ketahui,
Di sudut hati ini,
Tak pernah membenci, tak pernah terfikir akan kehilangan.
Mungkin, 
Apa jua yg berlaku sekarang,
Akan Allah gantikan dgn yg lebih indah.
Sahabat,
Maafkan aku,
Andai aku tak mampu jadi yang terbaik.
Maafkan aku,
Kerana sering melukai.
Maafkan aku,
Kerana sering terbabas melihat apa yg ada pada dirimu.
Sahabat,
Begitu hinakah aku?
Begitu jijikkah aku?
Sehingga dihukum sebegini rupa?
Apa tidak ada langsungkah kebaikan pada diri aku? :(
Sahabat,
Aku di sini.
Akan selalu menanti kau kembali.
Aku rindu. 
Aku rindu segala kenangan kita.
Sahabat,
Aku juga manusia.
Yang selalu buat silap.
Sahabat,
Pandanglah ke sini.
Agar kau tahu.
Agar kau turut merasa.
Betapa sayangnya aku pada kau sahabat.
Kau boleh percaya pada kata-kata nista dunia,
Kau boleh marah kerana kau juga manusia.
Simpanlah amarahmu.
Kerana hari esok kau berhak merasa bahagia.
Begitu juga aku.
Sahabat tersayang,
Andai esok hari terakhir aku,
Atau mungkin minggu depan, tahun depan,
Maafkan aku.
Kerana tak mampu meluahkan apa yg terbuku.
Tak mampu menjelaskan yg sebenarnya. 
Tapi aku percaya,
Allah itu akan sentiasa ada.
Suatu hari, 
Kau akan faham. 
Salam sayang utkmu wahai sahabat, Layla Salikin bt Razali. Aku merinduimu. Tak pernah terdetik di hati utk membenci. Apatah lagi utk berkelahi.
Aku sayang. Dan sentiasa akan menyayangi kamu.
Semoga Allah sentiasa melindungi kamu walau di
Mana jua kamu berada.
Till we meet again, sayang.